fbpx

Suka hati ‘cop’ parkir di Pantai Purnama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dashcam memaparkan individu sedang menanda parkir untuk keluarganya.

PORT DICKSON – Seorang pengguna meluahkan rasa tidak puas hati kegiatan cop parkir di Pantai Purnama Port Dickson di sini.

Kejadian tular di media sosial di muat naik Negeri Sembilan Kini menerusi video yang berdurasi 19 saat memaparkan tindakan seorang lelaki yang sedang duduk di kerusi di kawasan tempat letak kereta di Pantai Purnama.

Dalam video yang tular itu memaparkan keadaan di mana seorang pemandu cuba untuk mencari tempat letak kerata.

Bagaimanapun, setelah berpusing selama tiga kali dan apabila sebuah kereta telah keluar dari kawasan tempat letak kereta, dipercayai ada satu keluarga telah “mengecop” kawasan parking dengan alasan kereta berada jauh dan senang masuk barang ke dalam kereta.

Sementara itu, rata-rata pelayar media sosial mengecam tindakan tersebut.

“Sana memang boleh cop parking ke,” soal Dimetri Kolkunov.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI