fbpx

Anwar adakan lawatan rasmi ke Russia esok atas undangan Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersama Putin ketika mengadakan pertemuan di Russia pada September tahun lalu.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Russia bermula esok.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, lawatan itu diadakan bagi memenuhi undangan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Lawatan tersebut merangkumi lawatan ke Moscow dari 13 hingga 15 Mei ini, manakala Kazan, Tatarstan pada 15 dan 16 Mei.

“Perdana Menteri juga akan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ‘KazanForum’ Ke-16 atas jemputan TYT Rustam Minnikhanov, Rais Republik Tatarstan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri disiarkan pada Facebook rasmi Anwar Ibrahim, hari ini.

Menurut beliau, semasa di Moscow, Perdana Menteri dijadualkan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).

“Perdana Menteri juga akan mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Russia dan diaspora Malaysia di Moscow.

“Semasa di Kazan pula, Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari KazanForum pada 16 Mei, selain ucapan di Mesyuarat Strategic Vision Group dan mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI