fbpx

Aimen hilang di kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja OKU lemah pembelajaran, Aimen dilaporkan hilang di kebun sawit di Jalan Haji Sadri, Sabak Bernam sejak semalam.

SABAK BERNAM – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang di sebuah kebun sawit di Jalan Haji Sadri di sini, sejak semalam.

Mohamad Rahmat Tulillah Aimen Mohamad Nor Azman atau dikenali sebagai Aimen itu merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) lemah pembelajaran.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md. Yusof Ahmad berkata, remaja itu bersama bapanya keluar dari rumah di Kampung Banting dan pergi kebun berkenaan, kira-kira pukul 1.15 tengah hari.

Katanya, ibu mangsa kemudian dihubungi suaminya kira-kira pukul 4 petang mengenai kehilangan Aimen selama dua jam.

“Pasangan itu kemudian mencari ke merata tempat, namun anak mereka masih tidak pulang sehingga kini.

“Aimen yang juga OKU tidak mempunyai telefon bimbit ketika dilaporkan hilang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tambah Md. Yusof, remaja itu kali terakhir memakai baju T warna hitam, berseluar trek dan bertopi putih jenama ‘Nike’.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pengawai Penyiasat, Inspektor Nor Aimi Lyana Mohd. Khairani di talian 018-2510452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini di talian 03-32242222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI