fbpx

Wanita halang Aston Martin ekzos bingit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan wanita tersebut berdiri di tengah jalan sambil mendepakan kedua-dua tangannya. - Jam Press

LONDON – Seorang wanita nekad menghalang sebuah kereta mewah jenama Aston Martin di tengah jalan di Britain ekoran tidak berpuas hati dengan bunyi enjinnya yang bingit, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di Mount Street dekat Mayfair, London. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan wanita itu berdiri di tengah jalan sambil mendepakan kedua-dua tangannya. 

Dia kemudian menghampiri kereta bernilai £180,000 (RM1.02 juta) itu sebelum memarahi pemandunya berhubung bunyi enjin yang kuat. 

Selepas wanita itu beredar, pemandu tersebut sengaja menguatkan bunyi ekzosnya sebelum meneruskan pemanduan. 

Rakaman itu menjadi tular dan ramai pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu. 

“Wanita itu menjerit lebih kuat daripada ekzos. Dia sebenarnya yang mengganggu ketenteraman awam,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI