fbpx

Wanita cedera tersepit nahas BMW dengan Perodua Axia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika operasi menyelamat mangsa kemalangan di KM150 Lebuh Raya Utara-Selatan, Simpang Ampat, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang wanita mengalami kecederaan apabila kereta BMW yang dia pandu terlibat kemalangan dengan sebuah Perodua Axia di Kilometer 150 Lebuh Raya Utara-Selatan, Simpang Ampat di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, berusia 20 tahun dilaporkan stabil selepas berjaya dikeluarkan di bahagian tempat duduk pemandu.

Difahamkan, rempuhan kuat menyebabkan kereta mangsa terbalik di tengah jalan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 3.14 pagi dan operasi melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

“Kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan kereta jenis BMW Perodua Axia. Terdapat seorang mangsa perempuan yang tersepit di bahagian pemandu.

“Tindakan anggota berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas Rescue Tech dan mangsa yang cedera ringan telah dibawa ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 4.16 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI