fbpx

Sekolah adakan majlis perpisahan di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pelajar berjoget semasa majlis perpisahan di sebuah kelab malam. - TikTok

JAKARTA – Sebuah sekolah menengah di wilayah Kalimantan Selatan mengundang kecaman ramai kerana mengadakan majlis perpisahan di kelab malam, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kalseldaily menunjukkan pelajar menari beramai-ramai di bawah lampu berwarna-warni. 

Pengetua SMA Negeri 1 Sungai Tabuk, Elly Agustina kemudian tampil menjelaskan bahawa majlis itu berlangsung pada waktu siang, dan bukan malam. 

“Pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai tempat itu oleh guru-guru. Mereka yang merancang dari segi lokasi, makanan, undangan dan tentatif.

“Jawatankuasa yang mengurus pelajar-pelajar itu memberitahu bahawa ia adalah kafe. Pihak sekolah juga sempat menghubungi polis untuk pemantauan,” kata Elly. 

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa lokasi tersebut terletak di salah sebuah kelab malam di Banjarmasin.

Rakaman itu mencatatkan lebih 261,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mantap generasi sekarang,” kata seorang netizen. 

“Sekolah zaman sekarang mengajar pelajar pergi kelab,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI