ABUJA – Negeri Borno di timur laut Nigeria mengharamkan penjualan minyak petrol dalam usaha untuk menyekat kebangkitan semula serangan kumpulan militan, lapor portal berita Arab News semalam.
“Saya telah mengarahkan larangan penjualan petrol di bandar Bama dan bahagian lain di Kawasan Kerajaan Tempatan Bama berkuat kuasa serta-merta,” kata Gabenor negeri Borno, Babagana Umara Zulum.
Larangan itu dibuat sebagai sebahagian daripada tindak balas strategik kerajaan negeri bagi menentang pemberontakan.
Pemotongan bekalan bahan api dijangka dapat menyekat pergerakan kumpulan militan tersebut.
Bandar Bama menyaksikan kemusnahan paling teruk selepas dirampas oleh kumpulan pelampau, Boko Haram pada 2014 yang membunuh ratusan penduduk. – AGENSI