fbpx

160,000 penduduk diarah berkurung, elak terhidu asap beracun  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap tebal keluar dari bangunan di bandar Vilanova i la Geltru, wilayah Catalonia. - AFP

MADRID – Lebih 160,000 penduduk wilayah Catalonia, Sepanyol dikenakan perintah berkurung susulan kebakaran di sebuah kawasan perindustrian yang mencetuskan pembentukan asap beracun mengandungi klorin, lapor akhbar Metro UK.

Kebakaran berlaku di sebuah gudang yang menyimpan produk pembersihan kolam renang di bandar Vilanova i la Geltru.

Api yang berpunca daripada bateri litium mula merebak ke seluruh bangunan sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan), demikian menurut perkhidmatan bomba wilayah. 

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa mengarahkan penduduk berdekatan untuk tidak meninggalkan rumah atau tempat kerja mereka.

Jabatan Dalam Negeri Generalitat mengesahkan bahawa satu mesej akan dihantar kepada orang ramai apabila mereka dibenarkan keluar selepas pencemaran klorin dikawal sepenuhnya.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 

“Kami akan memantau tahap toksik yang dihasilkan oleh kebakaran itu,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI