fbpx

Warga emas merangkak keluar, kereta terbalik dalam tali air kering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa yang terbabas sebelum terbalik di dalam kawasan tali air kering di Kampung Derdap dekat Limbat, Kota Bharu hari ini. - Foto IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Seorang wanita berusia 74 tahun terpaksa merangkak sejauh 2.5 meter (m) selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di dalam tali air di Kampung Derdap, Limbat di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Faizul Mohd. Fauzi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa memandu kereta Proton Wira dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjual donat di lampu isyarat di Pasir Tumboh di sini.

“Semasa anggota bomba tiba di lokasi, warga emas itu sedang merangkak naik. Kita membantu mangsa sebaik sahaja dia sampai di tebing.

“Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan ketika membelok ke kawasan rumahnya yang terletak 500m dari lokasi kejadian. Mangsa memandu kereta sejauh satu kilometer setiap hari untuk menjual donat di Pasir Tumboh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI