fbpx

Tiga pekerja Nepal melecur gudang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman di lokasi kebakaran membabitkan dua gudang di Permatang Tinggi, hari ini.

SEBERANG PERAI – Tiga lelaki warga Nepal berusia 30-an mengalami melecur tahap satu dalam insiden kebakaran melibatkan sebuah gudang simpanan cat dan gudang simpanan barangan lusuh di Jalan Permatang Tinggi di sini, tengah hari tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Endi Sherimi Mohd Azmi berkata, kedua-dua buah gudang terbabit terletak bukan di kawasan kebenaran merancang.

“Kebakaran turut melibatkan sebuah lori jenis Ford Maxi di gudang simpanan barangan lusuh dengan anggaran kemusnahan akibat kebakaran sebanyak 90 peratus.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan menerusi kaedah ‘relay pumping’ dengan menggunakan sumber air dari tangki jentera bomba dan jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS),” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi pemadaman turut dibantu balai bomba dan PBS berhampiran sebelum kerja ‘overhaul’ dilaksanakan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.06 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI