fbpx

Terbuka Taiwan: Tang Jie-Wen Tse kempunan ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANG JIE terpaksa berpuas hati apabila gandingannya bersama Wen Tse gagal melangkah ke final Terbuka Taiwan. - ISKANDAR ISHAK

KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan berakhir selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Chan Wen Tse tersingkir di pusingan separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Taipei Arena sebentar tadi, Tang Jie-Wen Tse terpaksa akur tewas 11-21, 15-21 kepada beregu Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu.

Meskipun gagal meneruskan kemaraan ke pentas final, namun prestasi ditampilkan wajar dipuji memandangkan ia merupakan kejohanan sulung mereka sejak digandingkan bulan lepas.

Pada perlawanan itu, kedua-dua beregu menampilkan aksi cukup seimbang, namun tuah nyata tidak menyebelahi pasangan negara untuk melakar sensasi.

Selepas ini, Tang Jie-Wen Tse tidak akan beraksi pada kejohanan Terbuka Thailand yang dijadualkan berlangsung di Patumwan 13 hingga 18 Mei ini.

Bagaimanapun, mereka akan kembali menggalas cabaran negara pada kejohanan Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 20 hingga 25 Mei nanti.

Sebaik sahaja berakhir Malaysia Masters nanti, Tang Jie akan kembali bergandingan bersama Toh Ee Wei bagi menghadapi saingan Terbuka Singapura.

Sebelum ini, gandingan itu dibentuk selepas Tang Jie dan Ee Wei dipisahkan buat sementara akibat kurang persefahaman dengan Ee Wei digandingkan dengan Loo Bing Kun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI