fbpx

Persatuan Veteran ATM harap keputusan positif isu pelarasan pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Bustamam (kanan) beramah mesra dengan penerima Pingat Setia Berjuang selepas Majlis Perasmian Perwakilan Tahunan PVATM Negeri Kelantan Kali ke-56 di Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) berharap keputusan positif dapat diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 26 Mei ini berhubung pelarasan pencen.

Timbalan Presiden PVATM, Datuk Mohd. Bustamam Mat Zin berkata, seramai 70,000 individu yang terkesan dengan pelarasan pencen itu terdiri daripada veteran tentera yang bersara sebelum 1 Januari 2013.

Menurutnya, daripada jumlah itu, kira-kira 18,000 waris atau balu yang dikategorikan sebagai penerima pencen terbitan.

“Terdapat kenaikan gaji pada 2013, namun tiada pelarasan gaji ketika itu. Keadaan itu menyebabkan ramai dalam kalangan veteran menuntut hak kerana mereka sudah berusia dan memerlukan sumber kewangan besar untuk kos rawatan kesihatan.

“Kita berharap keputusan positif berhubung perkara itu kerana terdapat jurang yang agak besar antara pencen veteran yang bersara sebelum 1 Januari 2013 dengan mereka yang berpencen selepas tempoh berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Perwakilan Tahunan PVATM Negeri Kelantan Kali ke-56 di Kubang Kerian di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, keputusan rayuan kerajaan Malaysia, Majlis Angkatan Tentera Malaysia dan dua pihak lain berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada pelarasan pencen pesara ATM yang sepatutnya diputuskan pada 6 Mei lalu ditangguhkan ke 26 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI