ISLAMABAD – Sumber-sumber keselamatan mengesahkan bahawa stor penyimpanan peluru berpandu BrahMos di Nagrota, India telah diserang oleh tentera Pakistan, lapor portal berita The Express Tribune hari ini.
Laporan menunjukkan bahawa India mengalami kerugian besar akibat serangan itu, kata mereka.
Terdahulu, Pakistan memusnahkan tapak penyimpanan peluru berpandu BrahMos di kawasan Beas.
Tapak itu dilaporkan digunakan untuk melancarkan peluru berpandu ke Pakistan.
Pangkalan Udara Udhampur di India telah dimusnahkan dan lapangan terbang di Pathankot juga telah tidak beroperasi, kata sumber tersebut.
Sejak Rabu lalu, India melancarkan serangan udara ke atas sebuah lokasi di wilayah Pakistan selepas New Delhi menuduh Islamabad mempunyai kaitan dengan serangan maut ke atas 26 lelaki di wilayah Kashmir pada 22 April lalu.
Selain itu, depoh bekalan di Uri juga dimusnahkan seterusnya mengganggu logistik tentera India, tambah mereka.
Pangkalan Penerbangan Akhnoor, India dan Lapangan Terbang Bathinda telah musnah, kata sumbe sama.
Sementara itu, Pangkalan Udara Sirsa, India juga telah musnah dengan media negara tersebut mengesahkan kerosakan yang dialami dalam serangan itu, tambah mereka.
Sumber-sumber itu menyatakan bahawa Pakistan melancarkan peluru berpandu Al-Fatah sebagai sebahagian daripada operasi balas dendam yang berterusan.
Ia menamakannya sebagai penghormatan kepada kanak-kanak Pakistan yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan India baru-baru ini. – AGENSI