fbpx

Ambil gula banyak, cepat nampak tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster kesihatan Public Health Malaysia yang dikongsikan di kumpulan Telegram Dr. Ahmad Samhan.

PETALING JAYA – Pengambilan gula secara berlebihan bukan sahaja meningkatkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan obesiti, malah turut menyumbang kepada penuaan pramatang.

Menerusi perkongsian pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan di kumpulan Telegram, kandungan gula yang berlebihan dalam badan membantu mempercepatkan proses kedutan pada kulit.

Katanya, ia juga menyumbang kepada kehadiran jerawat aktif pada wajah seseorang.

“Pengambilan tinggi gula juga beri kesan kepada masalah kukit wajah kering dan kulit kusam.

“Pengambilan gula yang tinggi bukan sahaja beri kesan pada kesihatan dalaman, tapi juga ‘mencuri’ seri wajah kita dari dalam,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kementeriannya memandang serius pengambilan gula yang tinggi dalam kalangan rakyat memandangkan Malaysia masih tersenarai antara negara dengan prevalen tertinggi di Asia Tenggara bersamaan nisbah satu daripada enam rakyat Malaysia menghidap diabetes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI