JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan anggota polis diserang sekumpulan penghibur jalanan yang berpakaian dan mengecat tubuhnya dengan warna perak di Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan, lapor portal berita Media.
Kejadian berlaku di Jalan Veteran Utara-Jalan Sungai Saddang Baru dalam daerah Rappocini semalam.
Rakaman dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa anggota polis cuba menghalau puluhan ‘manusia silver’ itu selepas menerima aduan bahawa mereka kerap mengganggu pengguna jalan raya.
Anggota-anggota polis berkenaan bagaimanapun dibaling batu dan senjata tajam yang lain.
Ketua Polis Makassar, Fatur Rahim berkata, beberapa anggotanya terkena batu dan busur panah ketika menjalankan tugas.
“Tiada kemalangan atau kecederaan direkodkan.
“Pemantauan sering dilakukan selepas orang ramai mengadu bahawa mereka kerap meminta wang secara paksa,” tambah Rahim. – AGENSI