fbpx

Pertukaran majikan bagi pekerja asing hanya untuk sektor formal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim ketika bercakap pada sidang akhbar berkenaan Lanjutan Bulan Pemutihan PERKESO 2025 di Menara PERKESO, Jalan Ampang di ibu negara, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan pertukaran majikan bagi pekerja asing setakat ini hanya melibatkan sektor-sektor formal.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, garis panduan bagi membenarkan pekerja asing berpindah antara majikan itu bakal diperincikan.

Beliau berkata, setakat ini perpindahan majikan hanya dibenarkan melibatkan sektor formal dan pertukaran tersebut juga perlu mendapatkan kebenaran pekerja.

“Sebenarnya ini merupakan satu strategi ataupun tindakan yang mampu untuk menyelesaikan beberapa masalah. Setakat ini, kita hanya benarkan pertukaran majikan dari segi sektor yang sama.

“Jadi, apabila diumumkan boleh rentas sektor, itu akan membantu contohnya, ada syarikat yang tiba-tiba atas apa-apa faktor sekalipun, mungkin ditutup dan dia ada pekerja yang masih mempunyai visa,” katanya ketika sidang akhbar Lanjutan Bulan Pemutihan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini hari ini.

Selain itu katanya, langkah tersebut juga dilihat boleh mengelak berlakunya masalah pekerja yang digajikan secara tidak sah dalam lingkungan undang-undang kepada syarikat lain.

“Bagaimanapun pertukaran itu tidak boleh melepasi siling kuota yang telah dibenarkan dan perlu melihat kepada kebenaran ataupun persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.

“Jadi semua ini akan diperincikan supaya dia boleh menyelesaikan beberapa masalah yang ada,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan pertukaran majikan merentasi sektor penggajian kini dibenarkan selaras dengan amalan baik antarabangsa.

Keputusan itu dibuat susulan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kali Ke-13, Bil. 1 Tahun 2025 yang diadakan semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI