fbpx

Tujuh negeri dilanda hujan lebat sehingga pukul 12 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga pukul 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, cuaca buruk di Kedah melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu.

“Hujan lebat turut diramal di seluruh kawasan Pulau Pinang dan Melaka,” katanya.

Cuaca sama dijangka berlaku di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Sementara itu, kawasan terlibat di Selangor termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang.

Selain itu, hujan lebat di Negeri Sembilan dijangka tertumpu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin, manakala di Johor membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI