fbpx

Kutipan lebih RM2 juta: Selesaikan segera isu Masjid Jamek Ar-Ridzuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Annuar bercakap pada sidang akhbar di Ipoh hari ini.

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) meminta isu kontroversi sebahagian tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu di Bagan Serai yang dijual kepada bukan Islam diselesaikan segera memandangkan kutipan setakat ini telah mencecah RM2.1 juta.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohd. Annuar Zaini berkata, berdasarkan maklumat yang beliau terima, jumlah kutipan setakat petang tadi ialah RM2.1 juta melepasi yang diminta pemilik sebahagian tanah wakaf di masjid itu iaitu RM1.8 juta.

“Saya punya nasihat kepada ahli jawatankuasa masjid jangan ditangguh lagi. Tuan milik tanah pun dah nak jual.

“Jadi duit dah ada, kalau perlu bantuan kami akan bantu, panggil owner (pemilik), buat sales purchase (jual beli), perjanjian. Bawa ke jabatan tanah, transfer title (tukar status, pemilik). Kita akan buat secepat mungkin,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.

Media melaporkan, sebahagian tanah wakaf yang menempatkan struktur dewan muslimah, tandas wanita dan lebih 30 kubur telah dijual kepada seorang pembeli bukan beragama Islam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI