fbpx

‘Fanatiknya’ Konsert GenKRU tambah hari keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Terus mencipta fenomena apabila Konsert GenKRU hari ketiga habis dijual, Icon Entertainment menambah satu malam lagi persembahan mega trio bersaudara itu pada 11 Mei ini.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkata, permintaan luar biasa peminat KRU yang meminta penganjur mengadakan Konsert GenKru hari keempat di lokasi sama di Axiata Bukit Jalil dipenuhi dengan rasa bangga.

“Icon Entertainment ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua peminat KRU kerana membeli tiket konsert GenKRU hari pertama dan kedua yang habis dijual dalam durasi tidak sampai satu jam!

“Tiket hari ketiga pada 10 Mei juga secara rasmi sudah sold out! Kami amat terharu dengan sambutan ramai. Ini merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan peminat buat ikon trio negara kita.

“Saya mewakili Icon Entertainment dan KRU berasa sangat terharu dan ‘speechless’ sekali gus mengumumkan penganjuran hari keempat Konsert GenKRU,” katanya.

Seperti disebutkan sebelum ini, akui Iman menjadi tanggungjawab mereka memastikan semua penyokong yang berjuang mendapatkan tiket dapat mencipta lagi momen manis bersama Datuk Norman Abd. Halim, Datuk Yusry dan Edry.

“Buat mereka yang gagal mendapatkan tiket untuk ketiga-tiga hari terdahulu, kami mahu mereka sama-sama merasai kepuasan pada hari konsert terakhir itu kelak,” kongsinya.

Sementara itu, menurut Norman berkata, mereka sepakat menambah sehari lagi menjadikan konsert ini berlangsung empat malam adalah sebagai hadiah dari Icon Entertainment dan KRU sendiri.

“Melihatkan Isnin iaitu 12 Mei 2025 merupakan cuti sempena Hari Wesak, kami yakin terhadap kesesuaian konsert hari keempat direalisasikan.

“Keputusan segera ini dibuat lantaran kedua-dua pihak menerima banyak DM (mesej langsung) yang meminta kami menambah sehari lagi konsert pada Ahad, 11 Mei 2025.

“Selepas menimbang tara banyak aspek, kami teruskan hajat ini malah ramai peminat yang mahu menonton lagi kerana tidak puas dengan momen tempoh hari,” ujarnya.

Tiket berharga antara RM258 sehingga RM588 mula dijual hari ini mulai pukul 1 petang menerusi di https://www.ticket2u.com.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI