fbpx

‘Tolong doakan Adeeb, mungkin ada doa yang Allah makbulkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adeeb dan gambar selepas kejadian serangan anjing liar berkenaan.

PETALING JAYA – ‘Sekarang ini Adeeb ditidurkan, saya harap dia cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala, minta semua tolong doakan untuk Adeeb,’

Demikian luahan Mohd. Zarawi Manaf, 47, bapa kepada Muhammad Adeeb Naqiuddin Mohd Zarawi, 14, yang menjadi mangsa serangan sekumpulan anjing liar di Jalan 6/40 Blok 6 Primula Julian, Bandar Tasik Puteri, Rawang pada Jumaat lalu.

Ekoran kejadian itu, Muhammad Adeeb atau lebih mesra dipanggil Adeeb mengalami kecederaan parah pada beberapa abdomen badan dan kini terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Mohd Zarawi berkata, anak keempatnya itu ditidurkan kira-kira pukul 7.15 malam semalam selepas paras oksigen dalam badannya sedikit menurun.

“Doktor nasihatkan Adeeb ditidurkan supaya dia cukup rehat. Sebelum itu Adeeb ada bersembang dengan kami dan dia tanya lama lagi ke Adeeb kat sini (dalam wad), bila Adeeb boleh keluar. Semalam paling banyak dia bersembang dengan kami.

“Dia juga ada bercerita pasal kawan-kawannya dan dia juga seolah-olah tidak sabar untuk balik (rumah) dan berjumpa dengan kawan-kawannya itu.

“Dia tiada pesan apa-apa cuma dua tiga hari ini dia hanya cakap dia dahaga, nak minum air, kemudian dia cakap nak balik, lambat lagi ke boleh balik,” katanya kepada Kosmo!.

Tambah Mohd. Zarawi dia sedikit berasa ralat selepas Adeeb terpaksa ditidurkan kerana sebelum itu keadaan anaknya itu cukup stabil.

“Harap Adeeb cepatlah ‘recovery’ dan sembuh terutamanya kecederaan pada organ-organ (dalaman) dia. Sebab bila dah ditidurkan, kita tak tahu sampai bila, kita harap dia cepatlah sedar (pulih),”katanya.

Sementara itu, isterinya, Noor Azlina Abdul Samad berkata, kecederaan yang dialami Adeeb terutamanya pada organ dalaman pada tahap dua dan empat.

“Tahap paling serius menurut doktor adalah tahap lima. Jadi sekarang kecederaan hati Adeeb pada tahap empat, tapi mula-mula masuk (Jumaat) pada tahap lima.

“Buah pinggang juga sekarang pada tahap empat, limpa dia pada tahap dua. Selain itu ada sedikit calar pada dagu dan dada. Tapi yang paling serius kat dalam (organ dalaman) terutamanya hati,”katanya.

Noor Azlina berkata, sebelum ditidurkan semalam juga Adeeb sempat bersalaman dengannya dan suami dan dia meminta orang ramai turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.

“Sebagai ibu, saya minta ihsan semua berdoa untuk Adeeb, mungkin ada doa yang Allah akan dimakbulkan nanti. Saya harap Adeeb cepat sedar dan sihat seperti sedia kala,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan Adeeb parah akibat terjatuh ke dalam selepas dikejar sekumpulan anjing liar ketika perjalanan balik ke rumah dari Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) menengah di Sekolah Rendah Agama As Sadiqqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 pagi itu, Adeeb terjatuh ke dalam longkang selepas melanggar pembahagi jalan ketika dikejar sekumpulan anjing liar.

Turut terlibat dalam kejadian itu adalah rakan Adeeb, Muhammad Sa’di Mohd Sufian, 14, namun dia tidak mengalami kecederaan.

Difahamkan, persatuan penduduk di situ juga telah banyak kali membuat aduan mengenai anjing liar di kawasan terbabit kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memandangkan ia bukan kali pertama kes serangan anjing liar berlaku di kawasan itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI