PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menerima mengadap Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir hari ini.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berlangsung di Istana Negara.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong antara lain membincangkan mengenai perkembangan semasa pendidikan tinggi negara.
Turut hadir pada pertemuan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Anesee Ibrahim, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr Azlinda Azman dan Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Azman Mokhtar.-KOSMO! ONLINE