fbpx

Pemimpin belia berjaya selesai masalah ikut etnik, budaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian delegasi YPA AIPA melihat petola yang sedia untuk dipetik sebagai salah satu hasil pertanian bagi penduduk suku Temuan di Kampung Orang Asli Pulau Kempas, di Kuala Langat, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF

KUALA LANGAT – Kewibawaan pemimpin belia negara ini terserlah apabila dapat mengenal pasti penyelesaian masalah mengikut keperluan setiap etnik atau budaya.

Pengerusi Ahli Parlimen Belia ASEAN (YPA) Perhimpunan Antara Ahli Parlimen ASEAN (AIPA), Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ini dibuktikan menerusi kebolehan memaparkan solusi terhadap tiga perkara utama yang dibincangkan menerusi Mesyuarat Konsulatif YPA Ke-2, semalam.

Katanya, ini melibatkan tenaga boleh guna, teknologi makanan dan kecerdasan buatan (AI) sebagai agenda kemajuan negara.

“Contoh topik teknologi makanan yang berkaitan keselamatan dan keterjaminan makanan.

“Sebelum pergi kepada konteks lebih besar, boleh tengok dahulu bagaimana penyelesaian isu itu di peringkat kampung atau penempatan populasi kecil,” katanya pada Lawatan Pengenalan YPA AIPA, hari ini.

Beliau menambah, semua ahli YPA itu melalui sendiri proses pelaksanaan dan penyelesaian masalah di lapangan dekat Kampung Orang Asli Pulau Kempas yang mempunyai 374 orang mengusahakan tanaman sayur-sayuran.

Ujarnya, dapatannya akan dibentangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN 26 dan 27 Mei ini.

“Selain itu, saya akan mengetuai delegasi negara ini untuk mengadakan lawatan ke negara-negara ASEAN pada September ini.

“Ia bagi membandingkan hasil dapatan penyelesaian masalah sama ada sesuai digunakan di sana atau memerlukan kaedah berbeza.

“Namun, setiap negara mempunyai kaedah pertanian berbeza untuk pengeluaran makanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI