fbpx

Monsun barat daya bermula 10 Mei ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan monsun barat daya bermula 10 Mei sehingga September ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, lazimnya angin akan bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dikebanyakkan tempat.

“Sehubungan itu, kebanyakkan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, hujan lebat dan ribut petir masih boleh berlaku di kawasan barat semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah pada awal pagi.

“Selain itu, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutama pada Julai hingga September.

“Oleh itu, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI