fbpx

Matahari Heights: Pemandu van tidak mengaku pandu bahaya sebab kematian Muhammad Annas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
P.Mohan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa pada awal Mei lalu. -Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Seorang pemandu van yang tular melanggar lampu isyarat dan merempuh penunggang motosikal di Matahari Heights, Senawang, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian mangsa pada awal Mei lalu.

Tertuduh seorang peniaga P.Mohan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu van jenis Toyota Hiace didakwa telah memandu secara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Muhammad Annas Iskandar Mohd. Khairi, 21.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 11.59 malam di persimpangan lampu isyarat Matahari Heights, Jalan Persiaran Senawang 1 di sini pada 3 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd. Zainal manakala tertuduh diwakili Peguam, Rajinder Singh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia serta lesen memandu digantung sehingga kes selesai. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI