PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila nasi berharga RM6 yang dibeli untuk makan bersama anaknya telah dibuang oleh pekerja kedai walaupun telah dimaklumkan lebih awal agar tidak berbuat demikian.
Menerusi satu perkongsian di TikTok oleh @Mahanyempire, dia hanya meninggalkan meja seketika untuk membawa anaknya ke tandas, namun mendapati makanan tersebut telah tiada setelah kembali.
“Tadi beli nasi bahagi dua untuk makan. Baru makan sikit, anak pula nak ke tandas. Saya dah pesan pada mak cik (pekerja) itu supaya jangan buang nasi saya sebab nak makan lagi. Anak pun belum makan,” katanya dalam video tersebut.
“Ayam banyak lagi, nasi banyak lagi. Tak senang mak cik nak beli nasi itu, katanya.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai yang bersimpati dengan situasi wanita itu.
“Kalau menangis bermakna dia tak mampu dah nak beli lain,” kata @Awan_yang_terpeleot.
“Saya pun pernah kena. Kita bangun nak basuh tangan tengok dia dah kemas,” kata @Jhbmy.
“Dah pesan pun boleh dibuangnya, patut ‘alert’ kalau pelanggan dah pesan awal-awal. Kasihan dekat akak ini, kata @Zanariahazlina. – KOSMO! ONLINE