fbpx

Data peribadi jemaah haji selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANIZAM (kanan) ketika ditemui pada sidang akhbar di Ibu Pejabat TH Mekah, Abraj Janadriyah di Mekah, baru-baru ini.

MEKAH – Segala maklumat peribadi serta data sensitif jemaah haji Malaysia yang dimuat naik ketika mendaftar atau menggunakan aplikasi Tabung Haji (TH) dijamin selamat dan dilindungi.

Terdapat tiga aplikasi utama yang disediakan TH untuk kemudahan pengguna terutama jemaah ketika berada di Tanah Suci iaitu THhujjaj, THiJARI dan e-Bimbingan Haji.

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat TH, Hanizam Hanif berkata, pihaknya mementingkan keselamatan data untuk sebarang aplikasi yang dibangunkan oleh TH.

“Ia tidak tertakluk kepada THhujjaj sahaja sistem yang lain itu semuanya memang mempunyai firewall selain ciri-ciri keselamatannya dirujuk Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) Bank Negara Malaysia (BNM).

“Kita pastikan sistem itu adalah selamat berdasarkan garis panduan RMiT BNM. Jadi jemaah haji Malaysia tidak perlu bimbang terhadap keselamatan data peribadi mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat TH Mekah, di sini baru-baru ini.

Aplikasi-aplikasi berkenaan yang dibangunkan TH membantu jemaah menguruskan kewangan, maklumat perjalanan serta penginapan di Tanah Suci, soal jawab agama dan lain-lain.

Jelas beliau, THhujjaj adalah merupakan aplikasi sehala yang telah diperkenalkan pada 2018 selain sentiasa dinaik taraf bagi memastikan keselamatannya.

Bagaimanapun, katanya, jemaah dinasihatkan agar tidak berkongsi nama pengguna serta kata kunci dengan individu lain.

“Selain itu, Pusat Operasi Teknologi Maklumat telah melakukan hampir 100 penambahbailan sistem utama TH. Salah satu penambahbaikan yang kami lakukan ialah integrasi antara sistem TH dengan sistem MyVAS dan MySejahtera di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Melalui integrasi ini membolehkan segala maklumat pemeriksaan kesihatan jemaah haji yang dilakukan di Malaysia dapat diakses secara terus daripada sistem dan tidak ada lagi penggunaan buku rekod rawatan seperti tahun-tahun sebelumnya,” katanya.

Tambahnya, aplikasi-aplikasi tersebut juga mudah digunakan merangkumi semua generasi termasuk golongan 70-an. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI