fbpx

Perut Watie nampak ‘baby bump’, Shuib kata kuat makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie dikatakan kini berbadan dua.

PETALING JAYA – Spekulasi mengenai kehamilan isteri kepada pelawak Shuib, kembali hangat diperkatakan apabila penampilan Watie Hanifiah mencuri tumpuan ramai dalam satu majlis resepsi baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran dalam Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi sekeping foto bersama rakannya, Nana, ketika menghadiri majlis persandingan pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid di Langkawi, Isnin lalu.

Namun, bukan gaun rona coklat yang dikenakan menjadi perhatian, sebaliknya bentuk perut Watie yang kelihatan seolah-olah sudah berbentuk ‘baby bump’.

“Perut nampak lain macam, mungkinkah ada berita gembira?” soal seorang pengikut di ruangan komen.

“Kalau betul hamil, tahniah Watie dan Shuib. Rezeki ulang tahun pertama barangkali,” tulis seorang netizen.

“Comel sangat Watie malam tu. Tapi mata ni asyik tertumpu pada ‘baby bump’,” ujar seorang peminat.

Shuib juga meninggalkan komen berbaur usikan dengan nada berseloroh yang menyatakan perut isterinya begitu barangkali terlebih makan.

“Banyak sangat makan ni sayang (Watie) daddy (Shuib),” tulisnya.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Shuib mahupun Watie berhubung dakwaan mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Untuk rekod, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada 23 Jun tahun lalu.

Shuib sebelum ini dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI