fbpx

LRA Chica diserbu, 115 PATI dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 115 PATI ditahan semasa sedang bekerja di LRA Chicha di Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN IMIGRESEN

KOTA BHARU – Seramai 115 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dicekup semasa sedang bekerja di kawasan tapak pembinaan di Loji Rawatan Air (LRA) dekat Chicha di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan kira-kira pukul 2 petang menerusi Ops Kutip yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan.

Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, kesemua PATI yang diberkas itu terdiri daripada 114 lelaki warga Bangladesh dan seorang warga India.

Menurutnya, PATI itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun.

“Kesemua PATI itu didapati melakukan kesalahan tinggal di negara ini tanpa pas atau permit yang sah iaitu melanggar Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan tinggal lebih masa di negara ini iaitu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (c) akta sama.

“Selain itu, PATI itu turut didapati melanggar syarat pas , permit atau pas sempadan di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, orang ramai perlu tampil menyalurkan maklumat mengenai PATI atau sebarang aktiviti warga asing yang menyalahi undang-undang.

Tambahnya, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap pihak yang mendalangi, menjadi pemudah cara dan bersubahat dalam melindungi PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI