fbpx

Ahli arkeologi temukan bukti gladiator lawan singa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHLI arkeologi menemui bukti gladiator menentang singa. - Foto York Archaeology/SWNS

LONDON – Ahli-ahli arkeologi menemukan bukti pertarungan antara gladiator dengan seekor singa di sebuah destinasi pelancongan di York, England, lapor akhbar New York Post semalam.

Bandar itu didiami oleh orang Rom kuno yang mengasaskan kota tersebut pada 71 Masihi dan menamakannya Eboracum.

Sehingga kini, ahli arkeologi tidak pasti bahawa pergaduhan gladiator dengan singa berlaku di luar Itali dan tidak mempunyai banyak bukti, selain daripada lukisan Rom yang menggambarkan pertarungan itu.

Penemuan itu didedahkan dalam jurnal PLOS One yang menganalisis luka tusukan ditemui pada rangka pelvis seorang gladiator yang dikebumikan di tanah perkuburan York.

Gladiator atau pahlawan profesional Rom purba tersebut hidup pada abad ke-3 Masihi dan berumur antara 26 hingga 35 tahun pada masa kematiannya.

Menganalisis luka lelaki tersebut, penyelidik mendapati bahawa kesan gigitan itu berkemungkinan besar berpunca daripada singa.

“Satu rangka dari tanah perkuburan Rom di luar York di mana gladiator boleh dikatakan dikebumikan dengan luka yang luar biasa.

“Penyiasatan, termasuk kerja perbandingan dari institusi zoologi moden menunjukkan bahawa tanda-tanda ini berasal daripada kucing besar (singa),” kata artikel dalam jurnal itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI