fbpx

Kanak-kanak lemas terjatuh dalam kolam takungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dilaporkan lemas selepas terjatuh dalam sebuah kolam takungan di Presint 17, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemui lemas dalam kolam takungan terbiar di Presint 17, di sini petang tadi.

Mayat mangsa ditemui dalam kolam berdekatan jejambat Presint 17 menghala Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Kasturi, di sini kira-kira pukul 5.12 petang.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui lokasi kejadian sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Beliau berkata, pemeriksaan telah dijalankan oleh doktor bertugas dan mengesahkan kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia.

“Proses bedah siasat akan dijalankan di Jabatan Forensik, Hospital Putrajaya (HPJ) sekitar pukul 8 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya ketika dihubungi berkata, sejurus di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang kanak-kanak didapati lemas dalam kolam itu.

“Mangsa berjaya dinaikkan ke darat namun, dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa kemudian diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan, mangsa dikatakan ke kolam takungan itu bersama dua rakannya sebelum mangsa tiba-tiba terjatuh dalam kolam itu.

“Mangsa tiba-tiba tergelincir dan jatuh ke dalam kolam sebelum lemas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI