fbpx

Ruang hospital bertukar jadi majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aditya Singh dan Nandini Solanki berkahwin di dalam hospital. - Foto X

NEW DELHI – Sepasang pengantin melangsungkan perkahwinan di sebuah hospital di daerah Rajgarh, negeri Madhya Pradesh ekoran keadaan kesihatan pengantin perempuan yang tidak mengizinkan, lapor laman berita The Indian Express kelmarin. 

Seminggu sebelum Nandini Solanki berkahwin dengan Aditya Singh, wanita itu sakit teruk.

Dia pada awalnya dimasukkan ke hospital di kampung halamannya di Kumbhraj sebelum dipindahkan ke Biaora, di mana dia menerima rawatan lebih intensif. 

Walaupun kesihatannya bertambah baik, doktor menasihati agar Nandini mendapat rehat dan tidur yang mencukupi.

Susulan saranan itu, kedua-dua keluarga pengantin memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan di hospital.

Pentadbiran hospital memberikan kerjasama penuh dengan kawasan jabatan pesakit luar dibersihkan dan dihias sederhana, menjadikan kemudahan perubatan itu sebagai lokasi majlis perkahwinan. 

Atas pertimbangan keadaan pesakit lain, tiada kumpulan muzik atau sambutan meriah diadakan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI