fbpx

Houthi serang lapangan terbang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penumpang berjalan ke lapangan terbang Ben Gurion selepas pintu masuk jalan utama ke kemudahan itu ditutup oleh polis Israel hari ini. - AFP

SANA’A – Kumpulan pemberontak Houthi di Yemen mengaku bertanggungjawab dalam serangan peluru berpandu ke atas lapangan terbang antarabangsa utama Israel hari ini serta berkata, mereka bertindak demikian bagi menyokong rakyat Palestin di Gaza.

“Pasukan peluru berpandu Angkatan Bersenjata Yemen melakukan operasi ketenteraan yang menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik,” kata Houthi dalam satu kenyataan.

“Peluru berpandu itu berjaya mengenai sasarannya,” tambah kumpulan yang disokong Iran itu.

Sementara itu, pihak berkuasa Israel berkata, peluru berpandu mengenai kawasan lapangan terbang Ben Gurion selepas dilancarkan dari Yemen.

Serangan itu menghentikan seketika trafik udara.

Polis Israel melaporkan kesan peluru berpandu berhampiran lapangan terbang tersebut selepas tentera berkata, beberapa percubaan telah dibuat untuk memintasnya.

“Angkatan Bersenjata Yemen dengan ini mengulangi amaran kepada semua syarikat penerbangan antarabangsa agar tidak meneruskan penerbangan mereka ke lapangan terbang Ben Gurion kerana ia menjadi tidak selamat untuk trafik udara,” kata Houthi. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI