fbpx

Bebola putih misteri tidak bergerak di langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU objek bulat ganjil dilihat berada di langit Lakeland, Florida. - Foto Reddit

WASHINGTON – Dua bersaudara di negeri Florida terkejut apabila melihat bebola putih aneh berlegar-legar di langit selama hampir setengah jam semasa menikmati barbeku di belakang rumah mereka, lapor laman berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang (waktu tempatan) pada 20 April lalu di bandar Lakeland, demikian menurut hantaran di platform laman sosial Reddit oleh seorang pengguna.

Individu tersebut merakam objek misteri itu dan berkongsikan pengalamannya.

Menurutnya, semasa menikmati hari yang cerah bersama saudara kandung lelakinya, mereka melihat sesuatu yang ganjil iaitu objek bulat tidak bergerak di langit.

Dalam rakaman itu, salah seorang lelaki didengari berkata: “Berapa lama kita melihat perkara ini, seperti 25 minit di tempat yang sama? Ia tidak bergerak.”

Komuniti Reddit kemudian mengulas bahawa objek itu adalah belon altitud tinggi yang mungkin digunakan untuk tujuan saintifik atau meteorologi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI