fbpx
Antara ahli GISBH yang dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam baru-baru ini. Foto oleh AFIQ RAZALI

2,474 bekas ahli GISBH jalani pemulihan akidah hingga Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan program pemulihan khas ke atas 2,474 bekas ahli GISB Holding Sdn. Bhd. (GISBH) sehingga Ogos depan.

Pemulihan akidah menerusi program Insan Rabbani itu melibatkan seramai 1,064 individu dewasa dan 1,410 kanak-kanak.

Pengerusi MAIS, Datuk Salehuddin Saidin berkata, program sejak 15 Februari lalu itu sedang giat dilaksanakan dengan memfokuskan proses pemulihan kepada bekas ahli GISBH menerusi kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurutnya, ia meliputi fasa pemulihan, pemantapan dan pengukuhan yang dijalankan selama enam bulan.

“Program itu turut disusuli dengan pemantauan menerusi fasa pasca pemulihan, pemantauan dan khidmat sokongan.

“Sehingga kini, MAIS melaksanakan program pemulihan akidah bagi kanak-kanak GISBH dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada September hingga Disember tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas menyantuni bekas ahli GISBH pada majlis ramah mesra Program Insan Rabbani, hari ini.

Tambah Salehuddin, pihaknya berharap program pemulihan itu memberi ruang kepada ahli GISBH untuk bertaubat secara sukarela dan memulihkan akidah daripada fahaman yang menyeleweng.

Selain itu, katanya, MAIS turut bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menganjurkan Program Rehabilitasi Secara Sukarela Ahli GISBH melibatkan seramai tujuh peserta dari Selangor dan 11 dari Johor pada 7 November tahun lalu hingga 4 Februari lalu

Pada majlis itu, MAIS turut menyampaikan simbolik serahan bantuan fidyah 350 kotak makanan kering bernilai RM77,700 kepada penerima antaranya SRA Bandar Country Homes; SRA Sijangkang dan SRA Sungai Kantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI