PETALING JAYA – Tindakan seorang ibu kepada kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang berterima kasih kepada seorang pelajar kerana sudi berkawan dengan anaknya meraih pujian netizen.
Perkongsian @Itsmefara di aplikasi TikTok, memaparkan dua orang sahabat baik, Raykarl (kanan) dan Aufa (kiri), melintas jalan bersama-sama sewaktu tamat sesi persekolahan.
Ibu kepada kanak-kanak OKU, Raykarl, yang terharu dengan kesetiaan Aufa juga mendoakan kejayaan kanak-kanak itu kelak.
“Terima kasih Aufa kerana setia berkawan dengan Raykarl dari sekolah rendah lagi.
“Semoga korang (kamu) berkawan sampai bila-bila ye,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa kagum dan sebak akan persahabatan luar biasa itu.
“Mak cik bangga denga awak Aufa. Semoga persahabatan kekal hingga syurga,” kata @Liyana.
“Air mata jatuh tanpa sedar tengok ini, semoga kamu berdua sihat selalu dan menjadi insan yg berjaya satu hari nanti,” balas @Keychain. – KOSMO ONLINE
@fara_leeeee93 Thankyou aufa setia berkawan dengan raykarl dr sekolah rendah lagi 🫶🏻 rehat sama² balik sama²..aunty doakan awk berjaya dunia akhirat ye ❤️ terima kasih selalu ada dengan raykarl selalu tolong dia 🥺😢 semoga korang berkawan sampai bila² taw..insyaAllah 🤲🏻 #fypシ゚ #sahabatsejati #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – akak utara shop – Anis global