fbpx

Tiada keputusan rasmi kerjasama dengan parti lain – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

JEMPOL – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan rasmi untuk bekerjasama dengan mana-mana parti politik setakat ini.

Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang bentuk kerjasama perlu melalui perbincangan dan pertimbangan rapi di peringkat biro politik serta Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti sebelum dimuktamadkan.

“Terdapat isu kompleks dan perkara itu (kerjasama) tidak semudah difikirkan. Ia melibatkan pelbagai pertimbangan strategik dan prinsip perjuangan parti. Walaupun secara asas mungkin ada persamaan dari sudut aspirasi dan tidak bertentangan dasar utama yang kita perjuangkan.

“Saya tidak mahu buat satu kenyataan orang kata begitu sahaja… Kita akan putus dan bincang dengan biro politik dan MPT pusat.

“Saya tidak sebutkan parti. Mari duduk berbincang dan melihat situasi dalam negara bagaimana untuk maju ke depan. Kita sudah ada pengalaman tersebut (kerjasama),” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Bersatu DUN Jeram Padang dan Majlis Mesra Aidilfitri Bersatu Bahagian Jempol di Taman Kasih Putera, Bahau di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, terdapat dasar dan perlembagaan yang dijadikan asas pertimbangan sebelum memutuskan apa-apa keputusan.

“Kalau ada pun rakan-rakan saya dalam Bersatu.. (berkenaan kerjasama dengan UMNO) itu pandangan mereka secara peribadi bukannya diperingkat parti,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta cadangan beberapa pihak agar Bersatu dibubarkan dan menyertai UMNO, beliau menegaskan, tiada keperluan parti dibubarkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI