fbpx

Pelancong Israel perlu isi borang akujanji tidak lakukan jenayah perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pelancong asing di Kyoto. - Foto AFP

TOKYO – Seorang pelancong Israel yang mendaftar masuk ke rumah tamu di Kyoto, Jepun terkejut apabila diminta menandatangani borang menyatakan dia tidak melakukan sebarang jenayah perang, lapor portal berita MSNews hari ini.

Insiden pada April lalu itu mendorong Duta Besar Israel ke Jepun, Gilad Cohen, memprotes secara rasmi kepada Gabenor Kyoto, Takatoshi Nishiwaki.

Menurut akhbar The Japan Times, pelancong itu diberikan dokumen tersebut selepas menyerahkan pasportnya kepada pengurus di rumah tamu, Wind Villa.

Media Israel, Ynet kemudian melaporkan bahawa pelancong berkenaan telah berkhidmat sebagai anggota perubatan tempur dalam pasukan simpanan Tentera Laut Israel.

Satu siasatan kemudian dilakukan dan pegawai di bandar raya itu kemudian memutuskan bahawa Wind Villa tidak melanggar undang-undang perniagaan hotel Jepun. 

Bagaimanapun, pihak pengurusan bandar raya tersebut menganggap amalan itu tidak sesuai dan mengarahkan Wind Villa untuk mengelak daripada membuat permintaan sedemikian pada masa hadapan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI