fbpx

Tidak pernah larang, kawal harga ubat di klinik, farmasi – KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yakin pelaksanaan penandaan harga ubat bermula semalam tidak akan menyebabkan berlakunya manipulasi harga.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, isu seperti manipulasi harga seharusnya tidak timbul kerana rata-rata industri farmasi dan fasiliti kesihatan swasta di negara ini diyakini bersikap profesional, matang serta beretika.

“Saya yakin apabila kita laksanakan (perintah penandaan harga), tidak ada pihak yang akan cuba untuk memanipulasi (harga ubat). Kalau kita lihat semula hasrat asal perintah ini, ia berkaitan penandaan harga bagi ubat.

“Kita tidak pernah melarang atau tidak pernah ada cadangan untuk mengawal harga ubat. Apa yang sedang dijual oleh klinik dan farmasi, (mereka) jual lah,” katanya menerusi sesi taklimat media berhubung inisiatif pemaparan harga ubat di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (Akta 723) di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan, semua kemudahan jagaan kesihatan swasta yang menjual, membekalkan atau memberikan ubat-ubatan serta farmasi komuniti perlu meletakkan tanda harga ubat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI