fbpx

Sufian Suhaimi, Rania nikah hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUFIAN dan buah hatinya, Rania dikatakan akan melangsungkan pernikahan hari ini dalam sebuah majlis tertutup.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi khabarnya bakal melangsungkan pernikahan dengan teman wanitanya, Rania Al Sadat dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara hari ini.

Meski tidak berkongsi lanjut tentang majlis tersebut, perkara itu mula menjadi buah mulut ramai apabila Rania memuat naik foto majlis bersiram semalam.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Sufian mengusik dan memuji Rania yang anggun menyarung kebaya dan memakai kain batik di kepala.

“Wanita Melayu terakhir ke ini?” soalnya.

Saling berbalas, Rania pula menjawab: “Terakhir untuk awak.”

Ruangan komen pula dibanjiri dengan ucapan tahniah meski pasangan tersebut tidak membuat sebarang pengesahan mengenai majlis tersebut.

Sebelum ini, Sufian pernah mendedahkan putus tunang pada April tahun lalu selepas penyanyi itu memberitahu cincin risik yang diberikan kepada Rania sudah dipulangkan.

Bagaimanapun, cinta mereka didakwa kembali bertaut beberapa bulan lalu selepas dilihat keluar meluangkan masa bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI