fbpx

Pusat karaoke tawar gadis peneman harga RM100 hingga RM200 sejam digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita warga asing yang ditahan imigresen dalam satu serbuan yang dibuat di ibu kota kelmarin.

PUTRAJAYA- Sebuah pusat karaoke di ibu negara yang menawarkan langganan wanita asing sebagai peneman berhibur dengan bayaran RM100 hingga RM200 sejam digempur Jabatan Imigresen kelmarin.

Serbuan itu yang dilakukan hasil aduan dan risikan selama seminggu membawa kepada penahanan seramai 102 wanita dari Thailand, Vietnam, Indonesia, Laos dan Myanmar.

Jabatan Imigresen berkata, seramai 119 individu terdiri daripada tiga lelaki dan 102 wanita asing serta 14 rakyat tempatan diperiksa dalam operasi berkenaan.

Katanya, wanita asing berusia 21 hingga 35 tahun itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya salah guna pas lawatan dan tiada dokumen perjalanan sah.

“Turut ditahan, dua rakyat tempatan disyaki pemilik premis atau ‘penjaga’ wanita asing terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketika serbuan, wanita terbabit sedang leka melayan pelanggan rakyat tempatan dan pelancong asing.

“Mereka mampu mengaut keuntungan sebanyak RM7,000 hingga RM25,000 sebulan dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral tersebut,” katanya.

Kesemua warga asing yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan dan tindakan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Pemilik premis pula dikenakan tindakan kerana disyaki melindungi dan menggaji pendatang asing di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI