fbpx

Persatuan Veteran ATM perluas rangkaian hub perniagaan ke 13 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sharuddin (tengah) menunjukkan aplikasi digital Redsoga yang memperluas jaringan secara dalam talian, dalam perniagaan dikendalikan PVATM

SEREMBAN – Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) akan memperluaskan rangkaian hub perniagaannya ke 13 negeri termasuk Sabah dan Sarawak melalui kerjasama strategik bersama Digital Entrepreneur Country Club (DECC).

Presiden PVATM, Datuk Sharuddin Omar berkata, pengoperasian penuh dijangka bermula tahun depan, dan usaha ini akan membuka lebih banyak peluang perniagaan untuk veteran tentera di seluruh negara.

“Sebagai permulaan, hub pertama telah ditubuhkan di Paroi sebagai pusat jualan ayam segar dengan dilengkapi kemudahan secara menyeluruh. Saya sudah selesai mengenalpasti beberapa lokasi tersebut dan kebanyakan tempat yang akan dijadikan hub ini akan ditempatkan berhampiran dengan 246 cawangan PVATM dan ianya akan bergerak seiring.

“Dalam proses tersebut, turut diberi tumpuan kepada ruang simpanan untuk barangan basah dan kering,” katanya kepada pemberita di Pusat Jualan Ayam Veteran PVATM di sini hari ini.

Selain itu, katanya, PVATM juga memperkenalkan platform digital “Redsoga” dibangunkan oleh DECC untuk memperluas jaringan secara dalam talian, termasuk ke peringkat ASEAN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI