fbpx

Hubungan Malaysia- Kosovo diperkukuh, potensi teroka pasaran EU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika bertemu Vjosa di Bangunan Perdana Putra hari ini.

PUTRAJAYA – Malaysia mengalu-alukan pembukaan kedutaan Kosovo di Kuala Lumpur yang disifatkan sebagai langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan dua hala antara dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu akan membuka peluang kerjasama lebih luas termasuk pelaburan dalam pendidikan, budaya, pelancongan serta sektor halal.

Beliau berkata, kerjasama strategik ini turut membuka potensi besar dalam kerjasama perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara, termasuk peluang akses pasaran melalui hubungan erat Kosovo dengan Kesatuan Eropah (EU).

“Saya memberi jaminan bahawa hubungan ini bukan sekadar hubungan diplomatik biasa, tetapi satu komitmen bermakna Malaysia sebagai rakan sejati kepada Kosovo,” tegas beliau dalam sidang akhbar bersama dengan Presiden Kosovo, Vjosa Osmani Sadriu di sini hari ini.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai isu-isu antarabangsa, termasuk kebebasan, hak asasi manusia serta keamanan global.

Anwar menegaskan komitmen Malaysia untuk memperkukuh hubungan strategik dengan Kosovo dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pelaburan, pendidikan, budaya dan pelancongan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI