fbpx

Denda RM23,000, 10 tahun senarai hitam jika langgar peraturan haji 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan udara menunjukkan umat Islam menunaikan solat di Masjidil Haram pada 26 Mac lalu. - AFP

RIYADH – Riyadh mengumumkan individu yang melanggar peraturan ketika musim haji tahun ini akan berdepan tindakan undang-undang termasuk denda 20,000 riyal (RM23,040) serta dilarang memasuki Arab Saudi selama 10 tahun, lapor portal berita Hurriyet Daily semalam. 

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengesahkan peraturan baharu itu berkuat kuasa pada 29 April lalu  selama 44 hari. 

Individu yang didapati memasuki kota Mekah atau tempat suci lain tanpa permit akan didenda 20,000 riyal (RM23,040). 

Golongan yang membantu individu terbabit pula berdepan denda 97,500 riyal (RM110,242). 

Selain itu, warga asing yang cuba menunaikan haji secara haram akan dihalau dan dilarang masuk semula ke negara itu selama 10 tahun.

Kementerian itu meminta jemaah mendapatkan permit haji khusus yang berasingan daripada visa masuk atau lawatan biasa ke Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI