JAKARTA – Penduduk di wilayah Jawa Tengah digemparkan dengan insiden sebatang pokok mengeluarkan api selepas tumbang di tengah jalan, lapor portal berita Detik semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi (waktu tempatan) di Jalan Ronggowarsito, Kota Semarang.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @portalsemarang menunjukkan hujung batang pokok itu terbakar.
Lebih mengejutkan apabila dedaun dan rantingnya masih utuh.
Pemilik warung dikenali sebagai Wagiyem berkata, api itu dipercayai berpunca daripada puntung rokok yang dibuang merata-rata.
“Kelmarin, ada ‘orang gila’ datang ke warung saya. Dia memesan secawan teh lalu menghisap rokok di pokok itu.
“Tidak lama kemudian, pokok itu tiba-tiba mengeluarkan asap. Saya bersama beberapa pemandu lori bergegas menyimbah air pada pokok tersebut.
“Api berjaya dipadam tetapi ia kembali menyala, mungkin disebabkan angin. Pokok itu memang berlubang,” tambag Wagiyem. – AGENSI