fbpx
MOHAMED KHALED (kanan) menyampaikan pingat dan sijil kepada ahli PVATM semasa Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM kali ke-56 yang diadakan di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, Johor Bahru hari ini.

Malaysia pantau ketegangan Pakistan-India, seru elak peperangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Malaysia akan memantau perkembangan ketegangan global khususnya antara Pakistan dan India selain menyeru agar kedua-dua negara tersebut mengelakkan peperangan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peperangan antara kedua-dua negara hanya akan merugikan dan memberi kesan buruk buat rakyat mereka.

“Kita perhatikan (ketegangan antara Pakistan dan India). Seperti negara lain dan juga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kita menyeru agar ketegangan itu dapat dikawal supaya peperangan dielakkan.

“Kedua-dua negara adalah negara sahabat, jadi kita tidak mahu perang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Johor kali ke-56 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas tentang ketegangan antara India dan Pakistan ekoran serangan maut melibatkan seramai 26 pelancong yang berlaku di Pahalgam, Kashmir pada 22 April lalu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu turut memberitahu, kerjasama negara-negara ASEAN berjaya mengelakkan sebarang ketegangan berlaku antara jiran-jiran rantau ini.

“Kita ada ASEAN yang akan memastikan negara-negara anggota tidak bergaduh atau berperang. Ini penting kerana jika kita singkap sejarah, majoriti peperangan adalah antara negara berjiran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI