fbpx

Budak 5 tahun maut tertinggal lima jam dalam van sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat lemas selepas terperangkap dalam van sekolah di Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kenderaan tersebut pada pukul 12 tengah hari selepas hampir lima jam terperangkap.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, mangsa menaiki van itu dari rumahnya dan sampai di tadika di lokasi kejadian pada pukul 7.30 pagi hari sama.

“Mangsa dipercayai tertinggal di dalam van selepas pemandunya menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika berkenaan.

“Kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri kira-kira pukul 12 tengah hari hari yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kumarasan berkata, mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk dibedah siasat.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, polis menahan pemandu van berusia 56 tahun pada pukul 2.40 petang di Taman Bukit Indah.

“Semakan mendapati lelaki itu tidak memiliki rekod jenayah dan bebas sebarang pengambilan bahan terlarang,” katanya.

Pemandu van sekolah itu ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kesalahan pengabaian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI