fbpx

Wang pesara RM229,800 lesap angkara Zizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang pesara warga emas terpaksa berputih mata selepas wang pelaburannya berjumlah RM229,800 lesap akibat terpedaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud oleh seorang wanita warga Indonesia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 62 tahun berhubung kejadian terbabit pada 28 April lalu.

“Berdasarkan siasatan, kejadian berlaku kira-kira 2.52 petang apabila mangsa menerima panggilan daripada seorang wanita warga Indonesia bernama Zizah.

“Wanita terbabit mendakwa mangsa adalah tukang paip yang akan membaiki paip rumahnya namun mangsa menafikannya.

“Sejak itu, kedua-duanya sering berhubung menerusi telefon sebelum suspek menawarkan mangsa untuk belajar membuat pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan hanya dalam tempoh dua hari,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek menghantar satu pautan laman web dikenali sebagai timelessworld.vip untuk dimuat turun mangsa.

“Mangsa kemudiannya membuat tujuh transaksi dalam jumlah kecil ke lima akaun berbeza.

“Sepanjang tempoh terbabit, mangsa mendapat pulangan modal dan keuntungan hasil pelaburan sebelum melakukan lagi tujuh transaksi lagi dalam akaun berbeza.

“Bagaimanapun, mangsa tidak lagi menerima keuntungan dan suspek juga turut gagal dihubungi,” ujarnya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI