fbpx

‘Saya tak available’ – Hati Hael Husaini kini sudah dimiliki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hael mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki seorang wanita – SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer, Hael Husaini mengesahkan hatinya kini sudah dimiliki malah dia juga tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi, 38, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang spekulasi yang mendakwa dia bakal berkahwin dengan seorang selebriti popular tidak lama lagi.

“Kalau jodoh sampai dalam masa terdekat saya terima sahaja. Pasal jodoh kita serahkan pada yang lebih berkuasa, bagi saya bila sampai masanya saya akan terima dengan hati terbuka dan akan beritahu anda semua.

“Buat masa sekarang memang saya tak ‘available’,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di majlis rumah terbuka Rocket Fuel, di sini, hari ini.

Pelantun lagu Haram itu juga tidak menolak kemungkinan sekiranya jodohnya datang dalam kalangan rakan industri.

“Kalau ada jodoh, insya-Allah sebab saya bukan lagi berumur 18 tahun dan sesiapa yang datang saya terima sahaja.

“Apa pun doakan yang terbaik sekiranya saya akan melayari bahtera rumah tangga, saya serahkan fasal jodoh kepada Allah,” ujarnya.

Terdahulu, sebelum ini Hael pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan gandingan duetnya. Namun, baru-baru ini spekulasi mengenai dia bakal berkahwin mula hangat diperkatakan oleh penggiat industri seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI