JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun ditemukan dalam keadaan lemah di dalam lumpur di wilayah Sumatera Utara, lapor laman berita Abatanews semalam.
Penemuan itu berlaku di Pulau Nias baru-baru ini.
Rakaman dimuat naik di platform X oleh akaun @bacottetangga menunjukkan nenek misteri itu ditemukan oleh perakam video dalam keadaan terbaring di sebuah lopak.
Seluruh anggota badannya dipenuhi lumpur, manakala keadaan lemah menyebabkan dia hanya mampu menggerakkan sebelah tangan.
Menurut penduduk tempatan, wanita itu dibiarkan ‘berendam’ di dalam lumpur semalaman oleh anaknya demi konten untuk disiarkan di media sosial.
Rakaman itu mencatatkan 514,000 dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Demi konten sanggup jadi bodoh,” kata seorang netizen.
“Perangai manusia zaman sekarang sama seperti haiwan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI