fbpx
Kedua-dua guru ditangkap berdua-duaan oleh penduduk. - Kaltim Post

Pasangan guru kena tangkap basah, beri alasan perut masuk angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua guru di Tulungagung, wilayah Jawa Timur ditangkap berdua-duaan di dalam bilik sebuah rumah ketika memakai pakaian seragam kakitangan awam, lapor laman berita Kaltim Post.

Dalam sebuah video tular, beberapa penduduk dan guru dilihat menyerbu rumah di sebuah kawasan kejiranan sebelum menemukan dua individu terbabit duduk di dalam bilik.

Kedua-dua mereka dikatakan guru sebuah sekolah vokasional di Rejotangan dan masing-masing sudah berkeluarga.

Ketika ditangkap, salah seorang daripada mereka memberitahu bahawa perutnya sakit dan masuk angin, menyebabkan dia berehat di situ.

Alasan itu menimbulkan kemarahan pengguna media sosial, terutamanya status kedua-dua mereka yang sudah berkahwin.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai nasib kedua-dua guru berkenaan atau tindakan yang dikenakan terhadap mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI